Proses Trimming Rose Lace



Salam semua,

Nak inform yang rose lace ni dibuat menggunakan machine. Jadi please expect some possible extra benang atau lace yang terkeluar2 sesikit tu ya. Benda tu tak menjejaskan, cuma perlu trim sahaja. saya boleh buat tapi bagi masa 2 hari untuk kerja2 "menyeterim". Selalunya saya buat masa tengah malam time suami dah tido. kenapa? sebab rumah mmg dah jadi mcm party bash dengan warna warni benang dan lace di lantai.


Dan nak inform juga, maksimum panjang sesuatu rose lace yang machine boleh produce at one time adalah 6 meter sahaja. 
Jadi contoh situasi: Jika anda nak order  Scarlet - 10 meter, saya terpaksa buat dua potongan iaitu:

Potongan 1 - 6 meter
Potongan 2 - 4 meter
Jumlah meter: 10 meter (Warna Scarlet Johannson)

Proses trimming benang2 yang berlebihan. Nampak ja sikit tapi ambil  masa semalaman juga. Thanks to Kak Azie from Pahang yang beli semua colors 6 rows di atas.


2 comments:

Anonymous said...

Akak beli ye yang :) puas hati sgt rose pun lembut je

Azlina said...

Saya jual ye kak ;)

Post a Comment